Friday, 22 July 2011

SEDEKAH....

Alhamdullillah...bersyukurlah ke hadrat Ilahi...Jika mempunyai rezeki yang melebihi apa yang kita perlukan..
Tapi di dunia serba moden ini...manakan cukup duit yang kita dapat 2 kan...
Bagi yang solo,single mingle....mesti nk menyimpan...untuk bt preparation in case ada emergency kan...nak kawen lagi...
Bagi Ketua keluarga pula,sang suami atau sang bapa pula...mesti fikirkan mengenai keluarga...
Belanja sekarang sangatla banyak....
Mana nak di fikirkan mengenai sewa rumah,makan pakai lagi...bagi Ayah plak mane nak fikir duit yuran sekolah anak-anak lagi....duit tusyen lagi....makan pakai...minum anak...minyak kereta nak kena isi...Tol nak kena bayar...Duit pengasuh tak bayar lagi....Mak ayah kat kampung tak bagi duit lgi...tak termasuk dengan kereta buat hal lagi...Banyaknya nak pakai duit...
pernah dengar tak rungutan seperti

"baru tengah bulan...duit gaji dah abis...ape aku nak makan ni.....adui..serabutnya kepala"


tak pun...


"gaji aku Rm3000 sebulan,tapi aku gunakan lebih dari 2,ape lah nak jadi...bilalah nak hidup senang ni"


Aish....janganla mengeluh....itu tidak bersyukur namanya...kan...Jangan lupa ada lagi orang yang kurang bernasib baik dari kita...
MEMANG...
mesti ada yang cakap...

tapi kan kita ni manusia lemah...kadang2 ada khilaf yang kita lakukan samaada secara sedar atau tidak...
Macammana nak bersedekah ni?Aku sendiri pun xcukup duit....
Berapa plak aku nak kena sedekah ni?

tak ape2....jangan stress2 nak sedekah...
tak semestinya orang yang kaya baru boleh sedekah...
kita yang tidak kaya pun boleh...
sedekah biar ikhlas...walaupun nilai tidak terlalu besar,jangan disebabkan nak menunjuk..

SILA JANGAN BUAT ALASAN
"NANTI AKU KAYA,AKU SEDEKAHLA"


dan 

PERINGATAN PENTING:

lau kita sedekah pun tapi kita ni menyakitkan hati orang yang kita bagi sedekah 2...xde guna jgk...sebagai contoh kita hina dia...dan dia terasa hati dengan ape yang kita cakap tu....rasa2 kita dapat pahala tak dari apa yang kita sedekah 2?

Dan ianya sudah tertulis di dalam Al-Quran,Surah Al-Baqarah ayat 264

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تُبْطِلُواْ صَدَقَاتِكُم بِالْمَنِّ وَالأذَى كَالَّذِي يُنفِقُ مَالَهُ رِئَاء النَّاسِ وَلاَ يُؤْمِنُ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْداً لاَّ يَقْدِرُونَ عَلَى شَيْءٍ مِّمَّا كَسَبُواْ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ
 
Wahaiorang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.


           Dan ini pula manfaat yang kita perolehi apabila kita bersedekah:


Untuk memastikan generasi akan datang anak cucu cicit kita menjadi seorang yang lebih pemurah dan suka memberi sedekah,
apa kata KITA,
ya KITA SEMUA la...

TANAMKAN SIFAT SUKA MEMBERI SEDEKAH KEPADA ORANG YANG MEMERLUKAN KEPADA ANAK-ANAK KITA  SEDARI KECIL LG...
MELENTUR BULUH BIAR LA DARI REBUNG,LAU DAH JADI BULUH,BOLEH GUNA UNTUK BUAT LEMANG AJE!!!!!


TAK KIRA LA DIMANA PUN KITA BERADA,AMALKAN SIFAT SUKA BERSEDEKAH

1) DI MASJID



                                  2) DI PASAR MALAM ATAU TEPI JALAN


Sesungguhnya tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima,
kerana mereka juga berhak merasa rezeki yang diberikan ALLAH kepada kita...

DAN


InsyaAllah...Mudah-mudahan ALLAH permudahkan kita untuk beribadah kepadaNYA...
Sebagaimana tujuan kita diciptakan menjadi seorang HAMBA...

Wallahualam bis sowad....




p/s: andai ada khilaf di dalam penulisan ini...sila beri teguran untuk kebaikan....

No comments:

Post a Comment